Friday, April 18, 2008

ibu

Dalam tangisan mu ada kelembutan

Dalam marahmu ada kasih sayang

Dalam rotanmu ada pendidikan

Dalam maki hamun mu ada kemanjaan

Ibu

Dengkurmu tiap malam

Kerana penat membesarkan kami

Letermu yang susah berhenti

Kerana mahu lihat kami berjaya

Keringatmu yang masam

Kerana marathon mu menjaga kami

Badan mu yang gemuk gedempol

Kerana korban melahirkan kami

Wajah mu yang mula kerepot

Kerana letih memikirkan kami

Ibu

Walau mulut mu anggap kami derhaka

Tapi hati mu tetap menyintai kami

Ibu

Walau perbuatan kami, kau selalu marah

Di belakang , kami tetap kau bela

Ibu

Buruk mana wajahmu

Kuat mana dengkurmu

Masam manapun peluhmu

Gemuk manapun badamu

Kuat manapun lenteranmu

Kerepot manapun wajahmu

Hanya kau saja yang kami panggil Ibu

Tidak akan kami menukarmu

Dengan dunia dan seisinya

1 comment:

Unknown said...

ya... ibu la yg telah membesarkan kita, walaupun sapa dia, seteruk mana pun dia, dia tetap ibu kita..

-rindu sgt kat mak!!-